Sejarah Rin Tōsaka

Dua abad yang lalu, Tōsaka House, bersama-sama estet Makiri dan Einzbern, telah membantu menubuhkan Perang Holy Grail Fuyuki. tanah di Fuyuki City, yang memgang kuasa semangat kedua terkuat di Jepun, dimiliki oleh nenek moyang Rin, Nagato Tōsaka; atas perintah pihak Einzbern, dia membekalkan tanahnya sebagai medan pertarungan untuk perang masa kini dan yang akan datang. Nagato merupakan seorang kirishitan (Kristian), juga murid kepada Zelretch; pangkat-pangkat tersebut telah memberinya pengaruh yang mencukupi untuk kedua-dua Persatuan Ahli Sihir dan Gereja, membenarkan keluarga Tōsaka untuk menyertai perang-perang Holy Grail, bebas daripada gangguan kedua-dua organisasi tersebut.

Rin telah dipelihara sebagai pengganti kepada sihir keluarganya, dan diarahkan oleh ayahnya, Tokiomi Tōsaka, supaya mengutamakan sihir daripada hobinya sendiri. Sepuluh tahun dahulu, Tikiomi dipilih sebagai Master dalam perang Holy Grail keempat, dan Rin diletakkan sebagai penjaga kepada estet keluarga Tōsaka sehingga dia kembali. Selepas ayahnya dibunuh, Rin menyambung latihannya untuk menyempurnakan sihirnya, dengan sedikit bantuan daripada penjaganya, Kirei Kotomine. Untuk memesongkan perhatian daripada kehidupan peribadinya, Rin telah tekun berjuang untuk mendapatkan kekaguman mereka disekelilingnya, walaupun dia secara rahsianya bersikap kedekut, tomboi dan pemalas.

Meskipun Rin marah terhadap pengorbanan yang telah ditanggungnya untuk tradisi, dia bersaing dengan garang dan ghairah untuk membuktikan dirinya sebagai seorang ahli sihir yang cukup mahir dan mampu berdiri teguh sendirian. Dia berasa sangat kecewa apabila dia menyeru Archer dan akhirnya bertelingkah dengannya; tetapi, mereka berdua cepat-cepat berbaik semula.